Friday, June 8, 2012

mimpi

Aku sering mimpi yang sama. Aku, kau berpimpinan tangan di taman. Kita berpiknik. Berdua saja. Gembira. Gelak. Senyum. Usik mengusik. Hanya dalam dunia kita sendiri. Aku senang, kau senang.

Aku senang dengan mimpi sebegini. Benar-benar senang. Bisa bikin aku senyum waktu aku tidur.

Tapi. Tak semua mimpi itu senang selalu kan ? Aku benci permpuan itu. Ye. Perempuan itu. Dia sering datang dalam mimpi aku. Kau tak nampak. Hanya aku. Dia sering melihat kita dari celahan pokok. Aku gamit dia, dia hilang. Aku biar. Tiba-tiba dia makin dekat. Dia dekat sama kau. Dia tarik kau. Aku jadi aneh.

"Eh, kenapa ni ? Di milik saya, lepaskan !"
"Bukan. Dia milik aku. Sudah lama milik aku" permpuan itu kata.

Kau diam je. Aku pelik. Aku cakap,

"Hey, cakap sesuatu ! Kau milik aku bukan ?"

Kau terus menerus diam. Aku jadi lebih pelik. Kemudian dia tarik kau. Dia bawak kau pergi. Kau pun hanya ikut. Aku nangis. Ya, aku nangis. Sebab ade perempuan lain bawak kau pergi. Jauh dari aku.

Aku bangun esok paginya dengan air mata mengering di pipi.

Aku benci mimpi itu. Sungguh. Mimpi itu aku sayang, tapi perempuan itu yang aku benci. Perlu ke dia buat begitu pada aku. Mungkin betul kau milik dia. Aku tahu. Cuma aku buat-buat tak tahu. Sebab aku sayang kau. Sekurang-kurangnya, benarkan aku berada di dalam mimpi bersama kau. Dan kita gembira. Dan kau tidak ditarik oleh dia. Oleh perempuan itu. Aku benci dia. Sebab dia berjaya jadikan kau milik dia.

Untuk perempuan itu. Di alam realiti, memang dia milik kau. Tapi, biarlah di alam mimpi, dia milik aku. Tolonglah. Jangan hadir lagi dalam mimpi aku bersama dia. Aku mohon. Sebab di alam realiti, aku mungkin tidak dapat bersama dia.

Aku mahu bila nanti aku bangun, aku tersenyum. Senyum sebab kau. Kau yang sentiasa buat aku tersenyum dan ketawa. Terima kasih. :)

P/s; malam ini aku mahu mimpi kau. Datang ya ? :)

No comments: