Saturday, September 15, 2012

aku tahu.

Aku tahu aku bodoh. Kau dah ulang2 cakap benda yang sam banyak kali. Kau kata aku asyik tidur je. Kau tahu sebab apa aku tidur ? Aku demam. Aku sakit kepala. Aku taknak bagitau kau sebab nanti kau kata aku mengada-ngada je. Okay. Aku tak bagitau. Lepastu kau kata aku pemalas. Aku nak kata apa lagi ? Kau buat tuduhan melulu. Aku nak cakap apa lagi ? Aku dah tak boleh buat apa-apa lagi. Kau cuma nampak kesalahan aku. Apa salah aku pon kadang-kadang aku tak tahu. Kenapa kau buat aku macam ni ? Aku ni kan anak kau. Bukan anak pungut tepi jalan.

Aku menangis. Aku tak bagitau kau. Buat apa pon aku nak bagitau ? Kau gelak je nanti.

Haritu masa korang nak gerak hantar abang pg airport, aku menangis. Kau mana nak perasan. Kau kan nampak abang je. Mula-mula aku tak nangis pon. Bila Ira cakap macamtu, baru aku menangis. Mama dengan abah dah selalu sangat tunjuk yang aku ni buruk depan adik-adik sampai diorang tak respect langsung kat aku. Pastu mama abah cakap aku tak tunjuk contoh baik kat adik-adik. Macam mana aku nak tunjuk ?

Harini keluar result rayuan masuk university. Aku ada feeling yang aku akan dapat. Tapi aku tak dapat. Mama mesej aku, dia tanya aku dapat tak. Aku cakap tak. Nak tau apa mama reply ?

"Dia tau ko mmg x lyk sbb lebh suka TIDUR,fikir2la dik,semua dh tau,ko je x tau"

Kalau korang yang baca ni dapat mesej camni dari mak korang, apa korang rasa ? Macam palat tak ? Macam rasa nak bunuh orang tak ? Aku terus menangis masa aku baca mama mesej aku ni. Hina sangat ke aku ni ? Mak aku sendiri cakap camni. Kau expect apa reaksi aku ? Aku terkedu, aku reply "okey" je. Habistu nak aku reply apa ? Agaknya buruk sangat aku ni kat depan mata dia sampai dia sanggup buat aku macam ni. Korang cakapla apa korang suka. Nak kata aku malukan mama ? Cakapla. Sebab korang tak faham perasaan aku. Lagi-lagi masa aku dapat mesej ni. Luluh jantung aku.

Ya Allah. Aku dah tak tahu nak buat apa. Biar jela kot kan ? Lagipon aku ni cuma anak yang menyusahkan dia. Biar jela. Lepasni, aku nak sambung study kat MSU ke, kat mana-mana la, aku akan belajar betul-betul. Aku nak tunjuk yang anak yang dia hina ni, akan berjaya jugak. Aku tahu apa aku buat. Bantulah aku Ya Allah. Aku tahu hanya Kau tempat aku mohon pertolongan. Aku tahu.

Tuesday, September 11, 2012

she.

Aku ada kakak. Sorang je. Dia la tempat aku luah perasaan, sedih, marah, gembira, semua aku cerita kat dia. Dia pon sama. Tapi tatau la kalau dia tak cerita kat aku. Dia ni, jenis yang pentingkan kawan dari keluarga. Well, sesetengah orang memang camtu kan ? Macam dia ni, walaupun kawan dia tu dah buat salah, dia still nak menangkan kawan dia tu macam kawan dia yang bagi dia makan pakai selama ni. Dulu, malisa, ika, azie, budak rumah dia. Sekarang ni, gegurl, pacak budak rumah dia jugak. Dia ni, jenis baik tak bertempat. Bengang aku kadang-kadang. Baik yang orang senang-senang nak pijak kepala. Aku tak kisah sebenarnya. Tapi bila dia kena halau dari rumah, tu aku marah. Bila aku cakap, aku nak call kawan dia, nak tanya sendiri kenapa, dia tak kasi. So skang ni, bila dia ada masalah pasal duit, sebab dia nak bayar duit sewa untuk rumah baru dia, dia mintak kat aku. Tu yang aku tak suka. Dia ni, jenis suka ingat sesuatu benda tu simple. And yet, its not. Dia ingat aku ni cop duit ke apa ? Aku bukan tanak tolong, tapi aku penat. Asyik aku je yang kena keluarkan effort nak tolong dia. Dia sendiri, langsung takde. Ingat nak fun je. Tak fikir perasaan orang langsung. Bengang aku. Bila handphone dia hilang, aku la orang paling risau. Aku usaha carik duit untuk replace balik handphone dia as like aku plak yang hilangkan bb dia tu. Aku sanggup bagi dia pinjam duit aku dulu. Tapi tu pon orang lain still pandang aku ni macam orang tak baik. Ape benda doe ? Tak cukup ke segala kebaikan yang aku buat ? Sampai semua orang cuma nampak yang jahat je ? Sekarang ni, bila aku kata aku tanak tolong dia, dia marah aku. Aku bukan taknak tolong, cuma aku penat tolong dia. Macam takde effect. Dia plak sesenang mintak tolong kat aku. Ayat dia,

"Skang ni, aku nak kau tolong satu benda je, tolong dapatkan aku deposit untuk rumah baru tu nanti,"

Apa benda doe ? Ingat duit tu senang-senang jatuh dari langit ke ? Bodoh. Tension aku.

Sunday, September 9, 2012

a man, a friend and a secret lover.

I have a friend. A male friend. That's normal because I have a lots of male friend. I'm more comfortable with male friend. Okay, let's called him as 'Syah'. Syah is my friend. I met (read: text) him since, a year ago. I met (read: know) him from this one text service. Before I owned my smartphone.

So, he's actually 10 years older than me, or I think more. I'm not sure though. But he's fun, I mean he's a cool guy. I can talk to him like 1 to 2 hours non stop. I used to. Before I met my ex-bf. You see, I left him because I want to be with my ex-boyfriend. End up, I regret about that. And I felt stupid. Very stupid. And guilty also. Hmm. I wish I can turn back time. But I know that I can't. Past is past.

We used to talked about everything. How is my day, how is his day. We used to text each other every minutes. He even used to feel sad when my phone was inside the 'cage'. We used to cannot not text each other everyday. He used to said that I'm his saviour. He used to said I'm his spirit to his life. He used to said I'm everything to him. Me too. He used to be everything in my life until my ex-boyfriend came to my life. Heh, what a cliche thing right ? I gotta to admit that he's a really nice person. I'm even once imagining myself with him. Haha. I used to. Not anymore. :)

Actually yesterday is his birthday. 8 september. So, I decided to sent him a birthday text message. Then he called. I didn't noticed it. I only realized the misscall an hour after. Then I text him again. Asking if he called or it just a misscall. He said he called. And he want to call me again. I said okay, but let me charge my battery first. Then I sleep. When I woke up, I text him, he said he's waiting for me. Then he asked again if he can call. I said okay. Then he called me.

I'm still feeling a little bit awkward. Yo know, its been almost a year now that I didn't talked to him. And almost a year that I didn't talked to any man like for a long time. That's why I didn't picked his first call. Our call duration is, 43.23 minutes. That, such a long duration for me, after a year. He still miss my voice, that he said is 'manja'. (Why everyone said my voice is manja?) -_______-"

He told me that he was once want to settle down, but his girlfriend broke up with him, and he didn't want to tell me why. I asked him why he didn't tell me about it. He said that by the time he broke up, I wasn't there. I was so busy with my ex-boyfriend. Okay. I admitted it. So stupid I am. Now he's with a new girl and he said he want to settle down end of this year. Such a relief, at least there's a girl that appreciate him better than me. :)

Back then, when I met my ex-boyfriend, and I told him that someone asked me to be his girlfriend, I sense something in his voice, a sad tone. And I asked him, he said its nothing. I expect nothing that time. But I know that he like me. I just know.

So, that's it. He's my friend. Syah is my friend.

Thursday, September 6, 2012

aku pernah.

Aku pernah buat banyak benda.
Benda baik, benda jahat.
Kau cakap, apa yang kau mahu aku buat,
Aku akan buat.

Aku pernah tak tidur sehari suntuk,
Aku pernah tidur sehari suntuk,
Aku pernah habiskan sekotak rokok bersendirian dalam masa satu hari,
Aku pernah tak hisap rokok langsung dalam sehari,

Kebanyakan benda aku buat,
Benda jahat.
Kau cakapla apa saja,
Ini aku.
Tiada yang boleh ubah.

Dah, sekarang aku rindu rokok aku.
Ciss.

Sunday, September 2, 2012

left.

Being left behind is a usual thing happen to me. I'm not kidding. Sometimes I'm happy but most of the time, I hate it. Seriously, who would be happy if everyday everyone left them ? Who ?

Mama, she didn't want me to follow her to go to any wedding ceremony anymore. She said, I've grown up and she felt ashamed to bring me. Okay. I'm fine with that. But when I want to go to the wedding alone or with my friend, mama and abah didn't allow me to go ? So, what's the point of not letting me go with them ? They ashamed that I'm fat ? Freak ! There's still so many fat girl outside there that their parents happy to be with them.

Now that abang is at home with us, he's the first choice of mama and abah to accompany them. Okat. I understand. Never mind. He's the best right ? No one can beat him. He's the smartest son in the family right ? He's perfect right ? He's right in everything right ? He has everything that every parents want right ? He's mama and abah's favourite son right ? Everything is about him right ? Naah, I'm okay. I'm far from his perfection. I will never be like him.

I know I'm fat. I know. But please. Don't left me behind anymore.

err.

Serius aku cakap. Aku bukanla macam perempuan biasa kat luar sane tu. Bukan jugak nak kate aku ni luar biasa ke ape ke. Cuma, mungkin aku ni terlampau jauh bezanya dengan diorang tu.

Aku tak suka mekap. Like seriusly ! Aku memang tak suka. Kalau aku pakai pon, cume maskara. Tu je. Lain, aku pakai bedak. Bukan bedak compact tu, tapi bedak biasa, yang kaler putih tu. Tu je la kot. Tak macam wawa, dia kalau mekap, lama ya amat. Tension aku. Dengan eyeliner, blusher, lipstick, moisturiser la semua yang memang aku tak pakai tu. Pelik tak aku ?

Aku bukan gold digger atau mata duitan. Tak bermakna aku tak suka lelaki kaya. Cuma aku tak berapa suka kalau orang kata aku dekat dengan lelaki kaya tu sebab nak duit je. Prinsip aku, kalau aku nak something, aku akan usaha sendiri sampai aku dapat. Kalau dah desperate sangat, baru aku mintak tolong orang. Camtula.

Lepastu, aku jugak bukan seorang perempuan yang suka shopping berjam-jam. Like, macam aku ada saiz plak kan ? Kalau ade pon, mesti mahal. So, aku prefer, carik ape yg aku nak beli je, beli, pastu balik. Tu je. Better aku habiskan duit nak shopping tu ke arah buku cerita or movie. Lagi best kot. For me, beli ape yang aku mampu dan ape yang aku akan pakai je. Tapi, kalau ade orang nak belanja, ape salahnye. *kelip2 mata*

Lagi, aku tak suka duduk kat rumah. Aku lebih suka jalan-jalan. For me, itu mendamaikan. Contoh macam kalau aku stress, aku takkan stay. Macam masa aku kat UiTM dulu, aku pg jalan-jalan. Hmm.

Lepastu, aku ni adalah seorang perempuan yang tak feminim. Macam tadi aku cakap, aku tak suka mekap. Lepastu, aku lebih suka pakai seluar dari baju kurung. Aku prefer keluar rumah pakai jeans and tshirt, plus a black simple tudung (tudung bawal).
And I prefer slipper. I'm not a big fan of heels. Wedges is fine. And sneakers also. Plus an old black sling bag. Aku jalan pon bukan feminim ataupun catwalk sangat. Haha.

Lagi satu, aku tak berapa suka sangat kalau jalan ramai-ramai. Sebabtu aku takde banyak sangat kawan. I mean, kawan yang rapat dengan aku.aku lebih suka jalan sorang-sorang. Aku boleh buat ape aku suka. Takde sape halang. Tengok movie sorang-sorang, shopping sorang-sorang, main kat playground sorang-sorang. Kalau berteman pon, maybe wawa, my twin sister. Dulu, keluar dengan kawan wawa, I felt trapped. Haha.

Lagi ape ye ? Emm. Oh, pasal kekuatan aku. Haha. Ni best. Aku pernah kerja kat satu hotel ni tahun lepas. Aku ni sejak kecik memang dah biasa buat kerja berat kat rumah, so no hal la stakat nak angkat pinggan yang penuh dalam tray tu. So, satu hari tu, nak setup banquet hall tu. Masa supervisor tengah bagi-bagi tugas, aku selamba la cakap yang aku nak buat kerja lelaki. Sebab aku tak suka buat kerja perempuan. Abang tu dah terkejut. "Betul ke ni?" Aku cakap, "betulla" teros dia bagi. Aku tak kisah actually, sebab aku boleh buat. Kalau aku tak boleh buat, takkan aku mintak kan ? Aku boleh angkat meja yang selalu 2 orang lelaki angkat, seorang. Tu time gila aku la. Maybe one reason aku jadi camtu time tu sebab aku merokok. Kata orang kalau kita hisap rokok, energy boleh naik. Time kerja tu, kalau penat je, ade la member ajak pg smoke. Kenangan gak la.

Tipula kalau aku kata aku tak suka lelaki yang hensem. Seriusla. Sape suka lelaki yang buncit gle kan ? Macam ex aku. Bodoh gle. Walaupun aku suka lelaki yang hensem, aku still ade perasaan suka kat lelaki yang messy. Messy kat sini adalah dari segi rambut dia. Tu je. Lain sume mesti okay. Aku suka lelaki yang kemas. Rambut lain cte la. Kalau macam Fye SoulGang tu, dah bagus sangat la. Hehe. Tak salah berangan kan ?

Aku suka menulis. Ape je. Tapi aku tak gelar diri aku 'a writer'. Not yet. Aku dah tulis a full book of poetry. A couple of short stories. Memang aku suka menulis la senang cte. Hehe

Emm, tu je kot. For now.

Saturday, September 1, 2012

teringin.

Aku ingin sekali bisikkan ayat cinta untuk kamu,
Yang akan sentiasa tersemat dalam hati kamu,
Hanya jika kamu bisa baca hati aku,
Pasti kamu sudah dengar bisikan aku.

Ahh,
Kau tak mengerti.

-11.00pm-
-1 September 2012-