Wednesday, November 16, 2011

single

alhamdulillah, finally, i'm single again. bukan nak kate aku bersyukur ke ape. tapi aku macam rase bebas sangat. aku tatau kenape. mungkin sebab lepas ni aku takyah nak pikir perasaan die kalau aku nak buat ape2, maybe sebab aku boleh flirt dengan lelaki lain dengan lagi bebas lepas ni, sebab sebelum ni kalau aku nak flirt, mesti terfikir,

"eh, aku dah ade boyfren"

ha, camtu, skang dah takyah dah,

malam tadi aku pg karoke, untuk menyenangkan hati yg lara, =( dah lame tak pg, so aku ajakla malisa,kakak aku, ngan azie, biaselah, partner in crime aku, haha, then tetibe wawa kate botak nak ikot skali. aku punye happy tu, pergh, memang suke la, haha, sebab botak adalah seorang kawan yang baek, yag boleh ajak gelak gile2 punye, =)

then tadi mase botak call die dah sampai kat bawah umah, aku turonla, memule tak nampak, pastu rupenye die menyorok, haha, kelakar gle, tetibe iwan pon ade skali, iwan ialah superman, superman ialah iwan, nanti aku tunjok gmbr, heeeee,
aku suke iwan ni, sebab die comel, =) tapi serius die memang comel, gelak die, care jalan, dah la kurus keding, haha, lawak gle, =))) aku senyum je malam tadi, diorang dah ubatkan hati aku yang tengah bersedih ni sebab baru lepas clash, alhamdulillah, aku dapat kawan2 yang sangat sporting, yang tau care nak buat orang gelak, yang tak kesah kene bahan, semualah,

dulu, ye, aku akui mase memule aku kenal dunia, aku memang memalu, kene bahan sikit, nangis, tapi skang tak, i've learn from my mistake, =)

since aku dah breake ni, aku tak pernah call die, tak mesej die, because he want it that way, die yg cakap ngan aku,

"pasni jangan mesej or call aku lg, kiter dah tkde ape2"

see, die yg antar mesej camtu, so, aku nak buat ap lg,
die yg cakap, bukan aku, aku cakap okey jela, dah die yg nak, aku tak kesa kalau die still nak kawan, sebab aku admit, he's my first official boyfriend, memang susah aku nak lupekan die, aku nangis kot semalam sorang2, orang laen tatau, ape? first time bercinta, konon2 nak sampai kawin, nak beli rumah, nak beli kereta, last2 camni gak, break jugak, aku bukan nak ungkit2, tapi kalau betol, aku nak ckp ape lg? aku admit gak aku bukanlah seorang perempuan yg sempurna, and maybe care aku laen ngan perempuan lain, mungkin aku tak selembut perempuan lain, mungkin aku tak sebaik peempuan lain, and jodoh aku bukan dengan die, ape orang kate,

"kite kene jumpe org yang salah sebelum jumpe yang betol,"

aku tatau betol ke tak bende tu, aku ngaku, aku still rindu kat die, rindu nak call die, rindu nak gelak2 ngan die, tapi nak buat camne, it's over, i can do nothing, aku cume menunjukkan ketidakpuasan hati aku, pastu die plak yg melenting lebih, and tros die yg putoskan hubungan kitorang.

and skang aku rase okey skit, lepas dah gelak2 ngan diorang mlm tadi, aku bersyukur sangat sebab dapat kawan2 macam diorang, =)



blogger, meet IWAN @ SUPERMAN, =)
iwan ni mase memule kitorang nak kawan ngan die, die malu2,susahla nak dengar suara die, lelame dah rapat camni, kalau tak kene bahan memang tak sah, haha, =)



blogger, meet botak, =)
diorang kate botak ni jahat dulu, entahla, haha,

they were good frens to me, let me laugh untill i had sakit perot, like to yeeling at me, but in a fun way, =)

never think i will have this kind of fren, thanks kawan,

smiling all the night, =)

Monday, November 14, 2011

untuk pengetahuan kau,

Kalau aku bisa meluahkan kemarahan aku ini terhadap kamu di depan muka kamu sendiri, aku pasti dah buat, tapi anehnya aku tak bisa, mungkin rasa cinta yang kononnya masih menebal dalam hati aku ini, menidakkan perbuatan itu, ah, kau memang mudah saja berkata,

“maaf sayang”

“sorry sayang”

Yang anehnya, aku masih boleh maafkan kamu, entah sihir apa yang telah kau kenakan atas diri aku ini, aku pon tak tau, hampir setiap masa aku teringatkan kau. Kau sendiri? Tidak pernah bukan? Hey,bukan aku tidak tahu, kau ingat pada aku pun atas keperluan kau saja, bila kau kesempitan wang, bila kau mahu aku, barulah kau beriya-iya mencari aku, selain itu? Tiada langsung bukan?

Sudah, tidak perlulah kau menafikan perkara itu, kerna aku tahu apa dalam fikiran kau itu, di mata kau, aku ini pati lemah saja kan? Jangan dinafikan, nanti kata-kata kau akan memakan diri kau sendiri.

Aku penat, penat hendak memikirkan tentang kau, tentang kita, tentang orang lain, sehinnga tentang diri aku sendiri pun jarang aku fikirkan, kerana apa? Kerana aku lebih mementingkan orang lain dari diri aku sendiri, sehingga aku penat, penat yang amat!

Kau? Apa yang kau tahu? Tiada duit, baru cari aku, ah,sering kau kata, nanti janji akan dibayar semula, bila? Dah berkali-kali kau berkata begitu, tapi langsung tidak kau tunaikan, itu yang membuat aku semakin penat sebenarnya, kau memang tak tahu, langsung tak tahu! Kau hanya lihat kesalahan aku, walau sebenarnya aku tak tau pun apa kesalahan aku, apa itu? Kau hanya tahu mengkritik aku, dengan alasan aku ini bakal isteri kau, haha, jauh betul fikiran kau ya? Aku sendiri tak pernah terfikir sejauh itu, apa kau ini? Seperti yakin benar kita akan berkahwin nanti, untuk pengetahuan kau, masa depan aku masih jauh, aku sendiri baru mula belajar, baru mula menyesuaikan diri dengan suasana keliling, jauh lagi untuk aku fikir tentang hal itu, untuk pengetahuan kau juga, hati aku ini rasanya seperti sudah tiada sama kau, dan aku sendiri tidak tahu kenapa, haha.

Ramai lelaki di luar itu sebenarnya, baru aku tahu, ramai yang lagi baik dan lagi kacak dari kau aku rasa, dan lagi gentleman dari kau pun ada! Kau itu langsung tidak gentleman! Jangan dinafikan, aku tahu.

Dan nanti, jika aku berpisah dengan kau, mungkin mudah saja untuk aku mendapat pegganti diri kau, haha, siapa tahu? Untung sabit timbul bukan?

Jika kau ingin lama bersama aku, kau jangan langsung mempertikaikan lagi apa-apa yang aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan selepas ini, dan aku tidak bercanda dalam hal ini, aku serius !!!

Benar, jika kau sayang aku, kau tidak akan sakitkan hati aku bukan? Tapi lihat sekarang, bukan sekali kau lukakan aku, tapi berkali-kali, apa itu? Kata sayang kau itu mungkin hanya di mulut saja, entahlah, aku sendiri tidak mengerti sama kamu dan sama diri aku ini sendiri, kerna atas sebab apa aku masih bersama kau , entahlah.

Friday, November 4, 2011

penipu plus pembohong plus plus plus

okey, tadi aku nampak gmbar izuan shah dengan makwe die, sape izuan shah? aku ade tulis pasal die dulu, ni ha, kalau korang nak tau la, yang aku nampak, die bahagia je, takde pon stress macam mak die kat haritu, haha, bodoh sial,

salah satu status die bertarikh 14 august, padahal entri aku yg haritu, 16 september kot, agak2 la weh, entah ape tah masalh die, aku pon tatau, heish, laki memang camtu ek? bodoh betol, aku tak nafikan yang aku memang sayang kat die, tapi lame2 rase sayang tu dah berubah jadi dendam je tau tak, aku tak puas hati kenape die tinggalkan aku camtu je, yelah even kitorang takde pape dulu, tapi aku ade simpan rase sayang kat die, tapi tetibe die senyap je, sape tak bengang kan?

pasni memang silap besarla kau dengan gf kau tu, silap besarla nak menganjing ngan aku, kau memang silap besar, silap besar sangat, hahaha, trngokla ape aku buat pasni, tengok je la, kau akan menyesal nanti, haha,