Tuesday, July 24, 2012

awak tahu ?

Awak tahu ? Move on tu susah. Memang susah. Saya tak tipu. Lagi2 dengan seseorang yang awak tak pernah jumpa, tapi awak dah fall in love dengan dia gila-gila punya. Macam saya. Saya suka MR. ME yg saya tak pernah jumpa. Tapi bila dia dah ada gf, I have to move on. He will might never want me as his girlfriend. He prefer me as his sister. I'm serious. Eventhough susah nak move on ni, saye terpaksa jugak. Sebab nak beri ruang untuk orang lain jugak dalam hati saya ni. Tapi jangan risau. Kedudukan MR. ME dalam hati saya masih sama. Takkan berubah. Sama macam encik superman dan adam rashid. Cuma saya buka ruang baru dalam hati saya ini untuk orang baru. Bila dan di mana saya akan jumpa orang baru tu, terserah pada takdir. :)

Awak tahu, move on memang susah. Saya tak tipu. Tapi awak kena berusaha jugak walau apa pun. Usaha ya ? Saya tahu kita semua boleh. Mana tahu ranai lagi kat luar sana yang tunggu kita sebenarnya ? Kan ? So please, move on eventhough its the most difficult things to do. :)

Saturday, July 21, 2012

pernah ?

Kau pernah rasa penat ? Kau pernah rasa macam semua benda yang kau buat tu salah di mata orang ? Kau pernah rasa macam mana kena pukul berkali-kali tanpa henti oleh abah kau sendiri ? Kau pernah kena panggil bodoh, bangang, bahlul, dan segala perkataan yang buruk oleh abah kau sendiri ? Kau pernah rasa bila abah kau cakap yang kau ni tak akan berjaya ? Kau pernah rasa abah kau cakap yang kau ni loser ? Kau pernah rasa yang abah kau tak sayang kau ? Kau pernah rasa yang abah kau macam menyesal besarkan kau ? Kau pernah rasa semua ni ? Sebab kalau pernah, jom kawin dengan aku. Kalau kau lelaki la. Aku nak tau apa yang kau rasa pulak.

Aku tau, aku tak pernah jadi anak kesayangan abah. Langsung. Dari zaman aku sekolah asrama, sampai unyr aku 21 tahun ni. Aku dapat rasa.

Tadi abah cakap, yang aku ni memang takkan berjaya. Abah cakap yang dia sebenarnya tau yang akau takkan berjaya. Abah cakap aku ni takde peluang nak berjaya. Abah cakap aku ni anak tak kenang budi.

Aku macam biasa, diam je. Habistu nak aku buat apa ? Lawan cakap dia ? Marah dia balik ? 10 keturunan aku dia tak mengaku kalau aku buat camtu. Silap-silap dia belasah aku kat situ jugak sampai mati. Agaknya dia suka aku mati kot.

Semua benda aku buat die pandang serong. Dia nak apa aku pon tak tau. Aku tau la aku ni satu-satunya anak dia yang tak berjaya sekarang ni. Jangan la pandang aku camtu. Tolongla jangan.

Kalau la kau pernah rasa apa yang aku rasa ni, kan bagus. Aku tahu abah nak semuanya sempurna. Aku tahu abah nak anak dia ada kerja tetap nanti. Aku tahu. But don't give me that look.

Please. I'm begging.

Tuesday, July 17, 2012

kenapa mesti dia ?

Macam aku pernah tulis dulu. Dia adalah lelaki paling baik, paling gentleman pernah aku jumpe. (Baca: di alam maya)

Macam yg aku pernah tulis jugak, dia dah ada girlfren. That, aku takleh buat apa. Tapi lately ni aku tengok dia dgn gf dia macam ade masalah.

Aku takleh nak cakap banyak. Sbb aku bukan kenal sangat diorang. Kenal kat situ je. So, there's nothing much I can say.

I just ask him randomly. And he answered, a lot. A lot than I think he will tell.

He said it between us only. Okey. Bye. :)

Monday, July 16, 2012

berita baik

Okey, tajuk macam tajuk iklan plak. Haha. Tapi bukan okey. Haha.

Actually ade 2 benda baik aku dapat or dapat tau harini. Which is ;

1. Dia nak berubah. Dia here is MR. ME . I mean, dia cakap tahun ni tahun akhir dia nak enjoy gila-gila. Next year dia nak fokus on bina kerjaya dia dan fokus nak kawen.

Well, I find its interisting. Of course die bukan nak kawen dgn aku, (kot) haha. Alhamdulillah. Aku bangga dengan dia. At least he's thinking about his future. With his girlfriend and his family. Ex boyfren aku tu, seks je die fikir dalam otak die.

(Erggh, jauh menyimpang)

So, he's with his new determination. Good. Very good. Chill okey. He's not gonna be mine. I've been siszoned by him. Haha. I'm serious. Haha. So yeah. Aku harap dia dapat stick dengan benda tu. I mean, he's not young anymore. I hope the best for him. :*

2. Should be the news is I'm going to Mekah this Ramadhan. But it changed due to abah's permission for me to continue my study at MSU. That, kinda shock for me. Mula-mula, abah kata tunggu ratuan dari UiTM dulu. Since I'm not accepted to any of the uni that I applied. So yeah. Tiba-tiba dapat tahu yg waklim nak humban (read: masukkan) aku kat MSU. And abah agreed. Yg aku rasa abah tatau ialah, waklim nak masukkan aku secepat ini. Since maybe MSU ade July intake, waklim soh aku amik intake tu.

2 berita kat atas ni memang betul-betuk mengejutkan aku dalam masa yg sama menggembirakan aku. Satu sebab aku bakal masuk universty. Satu sebab MR. ME dah bagi satu semangat pada aku untuk berubah sekali. Dan aku rasa aku dah tambah suka kat dia. Hehe. Relax. Aku takkan amik die dari sapa-sapa. Aku cuma kagum dengan dia. Dengan kesungguhan dia. :)

Kalau betulla aku akan masuk MSU ni, aku bersyukur sangat. Sangat-sangat. Finally aku akan masuk U balik. Even bukan ipta. Takpe. Aku redha. Belajar kat mana-mana sama je kan ? Yang penting hati dan niat kita.

So, aku rasa tu je kot buat masa ni. Lain kali aku update lagi kalau ade berita baik lagi. Hihi. :D


P/S : aku suka dia. Tak bermaksod aku akan sailang dia. Betul. Aku tak tipu. Langsung takde niat aku untuk sailang dia. Dia takkan pandang aku pon sebagai seorang perempuan yg boleh dicintai. Dia panggil aku adik kot. Aku dah buang jauh-jauh perasaan cinta tu. Crush is crush. Nothing change except he like me too. In this case, he's not. I'm fine with that. Peace. :)

Wednesday, July 11, 2012

kau tahu ?

Kau tahu ?
Kau tahu macam mana rasa di pinggirkan ? Macam mana rasa semua orang benci kat kau ? Macam mana rasa semua orang pandang kau sebelah mata ke ?
Kau tahu ?

Kau tahu ?
Macam mana rasanya bila semua orang mula tak hiraukan kau, macam mana rasanya bila semua orang buat bodoh je dengan kau, macam mana rasanya bila ape yang kau buat, semua salah ?
Kau tahu ?

Entahla. Malam ni perasaan aku pelik. Tiba-tiba aku rasa macam fak gila. Tiba-tiba aku rasa dunia ni tak adil dengan aku. Tiba-tiba aku rasa semua orang pandang serong kat aku. Tiba-tiba aku rasa aku keseorangan dalam dunia ni. Tak ada sape pon yang bersama aku. Semua menjauh. Semua. Aneh. Bila ada yang mahu pertolongan, aku bantu. Selagi aku mampu, aku bantu. Aku tak menolak. Tapi bila aku yang ingin bantuan, semua menjauh. Semua. Apa salah aku ? Hina sangat ke aku ni ? Atau pon aku ni terlampau baik sehingga sesenangnya dipijak kepala ? Aku sendiri tak tahu. Semua benda jadi sangat complicated. Aku pening.

Aku tahu. Aku tak setaraf dengan orang lain. Aku tak punya keyakinan diri yang tinggi. Aku cepat segan. Aku cuma selesa dengan diri aku sendiri. Entahlah. Mungkin aku masih belum kenal dunia ni macam mana.

Kalau aku boleh jerit kat semua yang aku ingin rasa disayangi, mahukan mereka dengar ? Kalau boleh aku bagitau sorang-sorang tentang perasaan aku ni, mahukah mereka dengar ? Aku yakin, pasti mereka tidak mahu.

Aku ingin cipta dunia aku sendiri. Hari2 aku berusaha mencipta dunia aku sendiri. Ada orang-orang yang aku sayang. Orang-orang yang sayang aku. Ahh, kalau wujud duni macamtu, pasti aku bahagia.

Aku rasa aku mungkin gila bila aku impikan dunia begitu. Lantak ! Hak aku, biar aku tentukan.

Aku dah tak peduli. Apa yang aku peduli, pelajaran aku je sekarang. Kalau aku dapat, aku akan belajar je.

Kau tahu ?
Bila semua benda dalam dunia ni tak berpihak pada ku, yang akan menanggung kau hanyalah pelajaran kau ?
Kau tahu ?
Bila tiada siapa yang percayakan keupayaan kau, tunjukkan skil yang kau belajar. Pasti mereka terdiam. Dan dengan segera meminta maaf. Aku yakin.

Aku harap kau tahu.
Sebab aku tahu.

Wednesday, July 4, 2012

life

You know, life can be very mean sometimes. Towards me. For me, life is very mean. I kept thinking about it. What I have done wrong untill my life became disaster. Became unmanageable. Everthing seems everywhere. I can't decide what important and what not important.

But, I know. Its my life. Its my own way to manage it. I will be more carefull after this to make sure my life is manageable.

Sunday, July 1, 2012

abah

Di hari ahad yang 'mulia' ni, aku nak cerita sikit pasal abah. Abah aku.

Abah, dia ni lain dari abah orang lain. Semua lain. Perangai dia lain dari orang lain. Die suka cari kesalahan orang lain, walhal salah sendiri depan mata. Fine, aku taknak cerita pasal tu.

Abah ni, jenis antibodi lemah. Dulu masa kecik2 die ade jantung berlubang. Mama pernah cerita kalau tak silap. And sejak dari kecik, die selalu sakit. Cerita die skang, abah tgh demam, sebab tu aku nak cerita ni.

Abah, die kalau demam, suka mengejut. Contoh, semalam okey je, tiba-tiba pagi ni demam. Tiba-tiba sangat. Terpaksa la melayan die demam. Takleh buat bising, takleh buat die marah, kene ikut je ape die suke and takleh terima opinian org lain. Aku paling benci bila die demam. Bukan sebab aku kene jaga ke ape, it just perangai dia akan menjadi-jadi bila die sakit. Taknak dengar cakap orang langsung. Ikut kepala die je. Well, orang sakit memang camtu kot. Tapi, aku takde la sampai camtu. Melampau aku rasa. Ni nak pegi klinik entah tak. Haih.

Lagi satu, abah ni, die jenis last minute man. Bukan plan last minute, die suka cancel last minute. Macam harini, die kata nak pegi kenduri kahwin, and tak jadi. Maybe sebab die demam. Dah banyak kali sebenarnya benda camni jadi. Well, aku dah tak kisah sebenarnya. Sakit hati sikitla.

Depan die, semua orang kena behave. Especially aku. Salah sikit je, silap2 kaki naik kat muka. Macam haritu. Tangan, kaki semua naik. Time die marah, semua benda die ungkit. If I said semua, I mean SEMUA . Tu aku malas nak duduk makan setable, duduk satu place dekat ruang tamu tu dgn dia. Nanti ade je la yg die nampak aku salah. Even aku takde buat salah. Boleh nampak tak permainan die kat situ camne ? Ha.

Bukan aku tak sayang die. Aku cuma malas nak layan perangai die yg macam nenek tu kadang-kadang. Die je taknak mengaku. Suka ungkit-ungkit la apela. Tu yg aku malas. Malas nak duduk sebumbung dengan die lagi. Aku akui la, duet belanja sume die bagi. Tapi, aku tak mintak pon macam org lain tu. Die nak bagi, bagi, tanak bagi, takpe. Die sendiri pernah kate, kalau aku dah cukup 21, die nak halau aku and tak nak bagi aku duet belanja lagi. Aku jenis tak kisah. Duet boleh carik kot. Masa aku kat UiTM haritu, mane ade aku mintak duit kat die sangat.

Lantakla dia. Malas nak fikir dah.