Tuesday, June 12, 2012

impian, masa hadapan.

Aku sering berimpian membina istana kaca suatu hari nanti. Tinggal di dalamnya dengan jejaka pilihan hati. Kemudian berkembang dengan anak-anak yang comel. Melengkapkan hidup aku. Semuanya sempurna.
Tapi aku lupa. Tiada yang sempurna dalam hidup ni. Lagi-lagi untuk aku. Aku ni, jauh dari layak untuk mengecapi hidup sempurna. Terlampau jauh. Malah tak layak langsung. Tiada peluang untuk aku hidup sempurna sekarang. Sempurna bagi aku tiada langsung dalam kamus hidup aku. Aku terpaksa lakukan itu.
Bila semua orang berkata-kata tentang rupa paras, aku diam. Aku tidak secantik mereka. Jauh bezanya. Bila mereka berkata tentang tubuh badan, aku diam lagi. Tubuh badan aku jauh lebih besar dari mereka. Mereka pandang rendah pada aku. Aku buruk. Aku hodoh. Aku semua yang buruk.
Aku sering mendengar mereka berbicara mengenai masa hadapan. Aku tidak ambil kisah. Yang aku pentingkan adalah masa sekarang. Masa hadapan bagi aku terlalu jauh lagi. Terlampau jauh. Bukan aku tidak memikirkan masa hadapan, cuma aku fikir yang aku perlu memikirkan masa sekarang lebih dari masa hadapan. Aku bukan seperti mereka yang masa sekarang sudah terlampau sempurna. Dan mereka tidak perlu susah hati tentang masa hadapan. Aku lain. Kalau pun aku mahu fikirkan masa hadapan, mungkin bukan masa ini. Masa hadapan aku terlampau jauh bagi aku. Nanti saja.

Nanti ya ? :)

No comments: