Thursday, August 16, 2012

raya

Raya ? Entah. Tahun ni aku takde feeling nak raya. Tak tahu kenapa. Rasa malas. Rasa macam tak nak raya pon ade. Aku betul-betul takde rasa nak raya. Tapi semua benda dah ade kan. Baju raya, kasut ray. Semua dah ade. Kena jugak la raya.

Somehow I feel like lock myself in my room and sleep on first of syawal. But of course abah didn't allow me too. I don't know. I really don't feel like having a raya celebration this year. Hmm.

Macam biasa. Aku tak akan pakai mekap or those ccompact powder whatsoever. Sebab aku tak reti plus memang aku tak nak pakai. Serius. Aku rasa malas gila nak raya tahun ni. Aku macam terdengar-dengar abah dengan mama cakap

"Orang yg kena buang universiti tak boleh raya"
"Buat malu je"

I don't know. I feel so alone. You know, when everybody is laughing and smiling, I smile and laugh too, but deep inside me, I feel so empty. If they realize, they will know that I put a fake smile on my face. And I didn't laugh so hard like I used too.

Those empty soul is in me. Jiwa aku kosong. Kosong untuk apa-apa. Takde kegembiraan dalam hati aku. Langsung. Aku tau yang takde orang tau pasal ni. Aku lebih suka bulan puasa. Dari bulan-bulan yang lain. Abah marah pun kurang. Serius. Nanti masa bulan-bulan yang lain, ada je abah nampak salah aku. Ada je apa yang aku buat salah. Aku bukan tak suka tapi kalau apa yang aku buat walaupun aku buat benda baik, mesti ada yang dia nampak salah. Dia kata aku buat-buat baik. Takpelah. Bulan puasa punya pasal, aku redha.

Aku rindu suasana raya masa kecik-kecik. Semua benda bet. Sekarang bila dah besar, aku rasa semua benda macam tak best. Maybe yang best pun sebab dapat jumpa cousin-cousin aku. Sebab susah nak jumpa diorang. Tu je la kot. Setakat makanan raya, lemang, rendang tu, aku tak peduli pon. Sebab kalau bukan raya pon boleh makan. Sama je.

Kan aku dah cakap, aku memang tak rasa nak raya tahun. Nak compare dengan tahun-tahun sebelum ni, tahun ni paling aku malas nak raya. Sebab aku tatau boleh masuk balik universiti ke tak, sebab aku anak paling bodoh. Aku rasa aku pun dah jadi bodoh pasal abah selalu panggil aku bodoh. Selalu sangat. Sampai tak terkira. Haha.

*gelak dalam hati*

Entahla. Aku malas nak fikir lagi. Raya ke tak raya ke, sama je bagi aku. Tak tahu apa yang bezanya. Aku betul-betul tak tahu. Tengokla apa jadi nanti masa raya.

No comments: