Monday, August 27, 2012

its confirm

Ingat lagi dia yang aku cakap dah bukak hati aku pada cinta lagi ?
Ingat lagi dia yang buat aku nangis bila dia sedih?
Ingat lagi dia yang buat aku senyum lebar bila dia gembira ?
Ingat lagi ?

Dia dah kembali sepi. Seperti dulu. Seperti mula-mula aku jumpa dia. Hari itu aku tanya dia bagaimana boleh putus, dia kata si perempuan yang mahu. Aku menangis. Sebab aku sedih. Lelaki sebaik dia di mata aku dikecewakan lagi. Tak, kalau kau tanya kenapa aku tak cuba bahagiakan dia, tak. Aku tak boleh. Dia tak anggap aku begitu. Sampai bila-bila mungkin dia tak akan anggap aku begitu. Dia lihat aku hanya sebagai adik. Tak apa. Aku terima.

Selepas hampir 3 minggu, dia hilang. Aku tak jumpa dia di mana-mana. Disini tak ada, disana pun tak ada. Mana lagi aku harus cari ? Aku sendiri tak tahu. Mungkin dia sedang meredakan kesedihan dia. Aku tak tahu. Entah. Aku pun buntu. Mungkin aku patut biar saja dia. Ya, mungkin aku patut buat begitu.

Mungkin aku sendiri perlu biar diri aku hilang sebentar.

No comments: