Saturday, September 15, 2012

aku tahu.

Aku tahu aku bodoh. Kau dah ulang2 cakap benda yang sam banyak kali. Kau kata aku asyik tidur je. Kau tahu sebab apa aku tidur ? Aku demam. Aku sakit kepala. Aku taknak bagitau kau sebab nanti kau kata aku mengada-ngada je. Okay. Aku tak bagitau. Lepastu kau kata aku pemalas. Aku nak kata apa lagi ? Kau buat tuduhan melulu. Aku nak cakap apa lagi ? Aku dah tak boleh buat apa-apa lagi. Kau cuma nampak kesalahan aku. Apa salah aku pon kadang-kadang aku tak tahu. Kenapa kau buat aku macam ni ? Aku ni kan anak kau. Bukan anak pungut tepi jalan.

Aku menangis. Aku tak bagitau kau. Buat apa pon aku nak bagitau ? Kau gelak je nanti.

Haritu masa korang nak gerak hantar abang pg airport, aku menangis. Kau mana nak perasan. Kau kan nampak abang je. Mula-mula aku tak nangis pon. Bila Ira cakap macamtu, baru aku menangis. Mama dengan abah dah selalu sangat tunjuk yang aku ni buruk depan adik-adik sampai diorang tak respect langsung kat aku. Pastu mama abah cakap aku tak tunjuk contoh baik kat adik-adik. Macam mana aku nak tunjuk ?

Harini keluar result rayuan masuk university. Aku ada feeling yang aku akan dapat. Tapi aku tak dapat. Mama mesej aku, dia tanya aku dapat tak. Aku cakap tak. Nak tau apa mama reply ?

"Dia tau ko mmg x lyk sbb lebh suka TIDUR,fikir2la dik,semua dh tau,ko je x tau"

Kalau korang yang baca ni dapat mesej camni dari mak korang, apa korang rasa ? Macam palat tak ? Macam rasa nak bunuh orang tak ? Aku terus menangis masa aku baca mama mesej aku ni. Hina sangat ke aku ni ? Mak aku sendiri cakap camni. Kau expect apa reaksi aku ? Aku terkedu, aku reply "okey" je. Habistu nak aku reply apa ? Agaknya buruk sangat aku ni kat depan mata dia sampai dia sanggup buat aku macam ni. Korang cakapla apa korang suka. Nak kata aku malukan mama ? Cakapla. Sebab korang tak faham perasaan aku. Lagi-lagi masa aku dapat mesej ni. Luluh jantung aku.

Ya Allah. Aku dah tak tahu nak buat apa. Biar jela kot kan ? Lagipon aku ni cuma anak yang menyusahkan dia. Biar jela. Lepasni, aku nak sambung study kat MSU ke, kat mana-mana la, aku akan belajar betul-betul. Aku nak tunjuk yang anak yang dia hina ni, akan berjaya jugak. Aku tahu apa aku buat. Bantulah aku Ya Allah. Aku tahu hanya Kau tempat aku mohon pertolongan. Aku tahu.

1 comment:

Athirah Zari said...

Sabar eh.. I know you will, tak berjaya kat dunia di mata orang, kat akhirat insya Allah. Berdoa je.. Kalau kita tak selalu kat atas, kita tak selalu kat bawah jugak. Dugaan kan Allah bagi macam2 bentuk, mengikut keupayaan masing2. Sabar.. Time will fly fast. Minta diberi kekuatan.. Minta Allah lembutkan hati orang sekeliling. Biarkan apa orang kata.. Yang penting cuba buktikan yang kita boleh jadi lebih baik.. Doa, doa, dan terus berdoa! Jangan putus asa. :) Lagi2 kalau kita bersabar dengan mak ayah, besar pahala Dia sediakan. Ingat tau, rezeki semua Allah dah bagi adil sama rata. Kalau semua orang nampak kebaikan "orang" tu, mungkin rezeki dia kat situ je. Rezeki dia, semua orang nampak yang baik. Yang buruk tak nampak langsung, sampai takde orang boleh tegur. In the end, "orang" tu terus buat salah. Lagi takut kan? Kalau orang asyik nampak buruk kita, mungkin rezeki kita kat tempat lain, di kemudian hari pulak. Rezeki kita dapat hidayah Allah ke.. Kita tak sedar, mungkin dah banyak Allah tunjukkan secara senyap mana yang betul, so that we can lead a better life. Ni dah lepas, biasalah.. Banyak kesan sampingan, yang dah di luar kuasa kita, tak boleh nak buat apa la kan. Yang penting masa depan. Ada rasa nak jadi lebih baik tu ok la! :D Daripada orang yang perasan bagus je, tegur sikit melenting, tak nak mengaku salah langsung. Kan? Ingat orang yang kita nampak perfect tu perfect sangat ke? Tak punn. Cuma tak nampak je. Hm ok la. Dah terfollow, terbaca la jugak. Hihi :p wish me luck. Lagi few weeks nak final for this sem. All the best! Be happy always.. Take care of your iman. xoxo