Wednesday, July 11, 2012

kau tahu ?

Kau tahu ?
Kau tahu macam mana rasa di pinggirkan ? Macam mana rasa semua orang benci kat kau ? Macam mana rasa semua orang pandang kau sebelah mata ke ?
Kau tahu ?

Kau tahu ?
Macam mana rasanya bila semua orang mula tak hiraukan kau, macam mana rasanya bila semua orang buat bodoh je dengan kau, macam mana rasanya bila ape yang kau buat, semua salah ?
Kau tahu ?

Entahla. Malam ni perasaan aku pelik. Tiba-tiba aku rasa macam fak gila. Tiba-tiba aku rasa dunia ni tak adil dengan aku. Tiba-tiba aku rasa semua orang pandang serong kat aku. Tiba-tiba aku rasa aku keseorangan dalam dunia ni. Tak ada sape pon yang bersama aku. Semua menjauh. Semua. Aneh. Bila ada yang mahu pertolongan, aku bantu. Selagi aku mampu, aku bantu. Aku tak menolak. Tapi bila aku yang ingin bantuan, semua menjauh. Semua. Apa salah aku ? Hina sangat ke aku ni ? Atau pon aku ni terlampau baik sehingga sesenangnya dipijak kepala ? Aku sendiri tak tahu. Semua benda jadi sangat complicated. Aku pening.

Aku tahu. Aku tak setaraf dengan orang lain. Aku tak punya keyakinan diri yang tinggi. Aku cepat segan. Aku cuma selesa dengan diri aku sendiri. Entahlah. Mungkin aku masih belum kenal dunia ni macam mana.

Kalau aku boleh jerit kat semua yang aku ingin rasa disayangi, mahukan mereka dengar ? Kalau boleh aku bagitau sorang-sorang tentang perasaan aku ni, mahukah mereka dengar ? Aku yakin, pasti mereka tidak mahu.

Aku ingin cipta dunia aku sendiri. Hari2 aku berusaha mencipta dunia aku sendiri. Ada orang-orang yang aku sayang. Orang-orang yang sayang aku. Ahh, kalau wujud duni macamtu, pasti aku bahagia.

Aku rasa aku mungkin gila bila aku impikan dunia begitu. Lantak ! Hak aku, biar aku tentukan.

Aku dah tak peduli. Apa yang aku peduli, pelajaran aku je sekarang. Kalau aku dapat, aku akan belajar je.

Kau tahu ?
Bila semua benda dalam dunia ni tak berpihak pada ku, yang akan menanggung kau hanyalah pelajaran kau ?
Kau tahu ?
Bila tiada siapa yang percayakan keupayaan kau, tunjukkan skil yang kau belajar. Pasti mereka terdiam. Dan dengan segera meminta maaf. Aku yakin.

Aku harap kau tahu.
Sebab aku tahu.

2 comments:

shandye. said...

aku rasa kadang2 kita perlu rasa macam sampah untuk kita rasa macam emas.

=)

tira said...

Shandye - terima kasih kerana faham. :)