Kalau aku bisa meluahkan kemarahan aku ini terhadap kamu di depan muka kamu sendiri, aku pasti dah buat, tapi anehnya aku tak bisa, mungkin rasa cinta yang kononnya masih menebal dalam hati aku ini, menidakkan perbuatan itu, ah, kau memang mudah saja berkata,
“maaf sayang”
“sorry sayang”
Yang anehnya, aku masih boleh maafkan kamu, entah sihir apa yang telah kau kenakan atas diri aku ini, aku pon tak tau, hampir setiap masa aku teringatkan kau. Kau sendiri? Tidak pernah bukan? Hey,bukan aku tidak tahu, kau ingat pada aku pun atas keperluan kau saja, bila kau kesempitan wang, bila kau mahu aku, barulah kau beriya-iya mencari aku, selain itu? Tiada langsung bukan?
Sudah, tidak perlulah kau menafikan perkara itu, kerna aku tahu apa dalam fikiran kau itu, di mata kau, aku ini pati lemah saja kan? Jangan dinafikan, nanti kata-kata kau akan memakan diri kau sendiri.
Aku penat, penat hendak memikirkan tentang kau, tentang kita, tentang orang lain, sehinnga tentang diri aku sendiri pun jarang aku fikirkan, kerana apa? Kerana aku lebih mementingkan orang lain dari diri aku sendiri, sehingga aku penat, penat yang amat!
Kau? Apa yang kau tahu? Tiada duit, baru cari aku, ah,sering kau kata, nanti janji akan dibayar semula, bila? Dah berkali-kali kau berkata begitu, tapi langsung tidak kau tunaikan, itu yang membuat aku semakin penat sebenarnya, kau memang tak tahu, langsung tak tahu! Kau hanya lihat kesalahan aku, walau sebenarnya aku tak tau pun apa kesalahan aku, apa itu? Kau hanya tahu mengkritik aku, dengan alasan aku ini bakal isteri kau, haha, jauh betul fikiran kau ya? Aku sendiri tak pernah terfikir sejauh itu, apa kau ini? Seperti yakin benar kita akan berkahwin nanti, untuk pengetahuan kau, masa depan aku masih jauh, aku sendiri baru mula belajar, baru mula menyesuaikan diri dengan suasana keliling, jauh lagi untuk aku fikir tentang hal itu, untuk pengetahuan kau juga, hati aku ini rasanya seperti sudah tiada sama kau, dan aku sendiri tidak tahu kenapa, haha.
Ramai lelaki di luar itu sebenarnya, baru aku tahu, ramai yang lagi baik dan lagi kacak dari kau aku rasa, dan lagi gentleman dari kau pun ada! Kau itu langsung tidak gentleman! Jangan dinafikan, aku tahu.
Dan nanti, jika aku berpisah dengan kau, mungkin mudah saja untuk aku mendapat pegganti diri kau, haha, siapa tahu? Untung sabit timbul bukan?
Jika kau ingin lama bersama aku, kau jangan langsung mempertikaikan lagi apa-apa yang aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan selepas ini, dan aku tidak bercanda dalam hal ini, aku serius !!!
Benar, jika kau sayang aku, kau tidak akan sakitkan hati aku bukan? Tapi lihat sekarang, bukan sekali kau lukakan aku, tapi berkali-kali, apa itu? Kata sayang kau itu mungkin hanya di mulut saja, entahlah, aku sendiri tidak mengerti sama kamu dan sama diri aku ini sendiri, kerna atas sebab apa aku masih bersama kau , entahlah.
No comments:
Post a Comment