Thursday, September 30, 2010

untuk FYNN JAMAL dan TRI

-angin-

tanpa sebarang kata,
tanpa sebarang pesan,
angin itu berlalu meninggalkanku,
yang terkontang-kanting,
mengeluh hampa,
keseorangan,

tiba-tiba,
lelaki itu datang,
menyapaku dengan suaranya yang perlahan,
dia bertanya,
mengapa aku disini,
seorang diri?
mengeluh hampa seorang diri?

aku terdiam dan terfikir,
bagaimana lelaki itu bisa tahu yang aku bersendiri?
lalaki itu bertanya lagi,
mengapa?
anginmu juga lari bersama yang lain?
dan tanpa sebarang kata lagi,
lelaki itu duduk disebelahku,

sambil memandang ke langit,
dia bercerita,
dia juga seperti aku dulu,
pernah mengeluh hampa berseorangan,
kerana angin yang dipegag lari bersama yang lain,

dalam hatiku tertanya-tanya,
lelaki itu juga kehilangan angin yang dimilikinya?

aku bertanya pada lelaki itu,
bagaimana bisa terlepas?
lelaki itu terdiam dan berkata,
''itu semua kenangan lama,dan tak perlu diceritakan lagi''

aku terdiam,
dia terdiam,
kami terdiam,
lama,
sebelum tiba-tiba,
dia bersuara tentang sesuatu,

dia bertanya,
''mahukah kau menjadi anginku?''
''mahukan kau menjadi anginku untuk selama-lamanya?''

aku terdiam,
lama,
aku terkejut,
lama,

(part yang ni saye blur skit)

tiba-tiba (sebagai balasan),
aku juga bertanya padanya,
''jika kau menjadi anginku,adakah kau akan meninggalkanku seperti anginku yang tadi?''

dia terdiam,
lama,
mungkin dia terejut dengan pertanyaanku,

dan akhirnya,
kami bersatu janji,
untuk hidup bersama,
mati berdua,
selama-lamanya.



futnoot;saye dapat inspirasi dari kisah percintaan kak Fynn dan en.Tri
serta dari puisi dialog sama lelaki comel.

futnoot 2;hope akak suke....(malu)

-tiera-
-24/9/10-